Translate

Khamis, 7 Disember 2017

Berziarah ke Pantai Barat Tanpa di Rancang


Pukul 9.30 pagi 30/11/2017 Khamis suami mempelawa saya untuk ziarah keluarga saya di Kuala 
Langat, Selangor  sempena Cuti Maulidur Rasul.  Saya setuju. Kami mengemas pakaian dan apa yang patut untuk dibawa. Dalam cuaca hujan renyai-renyai pukul 3.30 petang  kami bertolak dari rumah. Kami singgah di sebuah surau di Belakang JPJ Gua Musang pukul 5.30 petang untuk bersolat asar. Pukul 6.10 minit petang kami terus bertolak dalam cuaca hujan lebat di sepanjang lebuh raya Merapoh-Benta dan kami tiba untuk berehat di Raub Pahang pada pukul 7.50 malam. Kami terus check in hotel, yang kami booking dari Gua Musang petang tadi.






JELAI HOTEL
TEMPAT YANG MENJADI TEMPAT PENGINAPAN KAMI DALAM PERJALANAN DARI PANTAI TIMUR KE PANTAI BARAT











Selepas sarapan pagi, pukul 10.30 pagi kami terus bertolak ke Kuala Lumpur dan berehat di Batu Cave. Pukul 12.00 tengah hari kami terus bertolak ke Banting. Pukul 2.30 petang kami singgah di Pekan Seri Cheding untuk menziarahi kakak ipar (Kak Yam) dan anak-anak yang tinggal bersamanya, Iwan dan Fadhil. Hampir 30 tahun kami tak bertemu dengannya. Kak Yam adalah isteri kepada abang sulong saya Abu Bakar/Kurnain yang sudah lama meninggal dunia. (maaf lupa bergambar).

Kami tiba di bandar Banting pukul 4.30 petang dan singgah di Restoran Basri Ali, untuk minum petang.




Kami berehat dan bermalam di Kampung Kanchong darat, rumah pusaka peninggalan abah dan ibu saya, yang kini didiami oleh anak saudara, Sherry bersama ibu dan anak-anaknya. Pada pagi sabtu kami ke Gold Coast, Morib untuk berehat.





Melayan Abid Memandu Kereta Bantley
Pada waktu petang kami ambil kesempatan ke kilang pembuatan kerepek "Ros Kerepek"















Bermacam jenis kerepek di jual di sini.  

Ros Kerepek terletak di Lot 738, Jalan Sukun, Kanchong Darat, Banting.




Selepas dua hari di Kanchong Darat, pada pukul 10.00 pagi sabtu kami bertolak ke Muar. Di Muar kami tiba pukul 11.50 pagi menginap di Muar Traders Hotel, yang sudah kami booking.


Ayu cafe tempat sarapan kami pada pagi Isnin
Pada petang Ahad, kami ambil kesempatan bersiar-siar di sekitar bandar Muar.








selfie di tepi Sungai Muar.
Pada pagi Isnin selepas sarapan  di hotel, pukul 10.00 pagi kami kemudiannya bertolak pulang. Kami mengambil Jalan Lebuh AMJ, masuk jalan merlimau Jasin, jalan Jasin UITM, kemudian melalui Felda  Pasir Besar, Bahau, Bandar Seri Jempol, Triang, Bandar Bera, Temerloh, Masuk ke Jalan Mentakab, seterusnya ke Jerantut. Dari Jerantut kami masuk melalui Kuala Tembeling, seterusnya tiba di simpang berhampiran dengan Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan Jalan Benta Merapoh. Kami singgah di masjid Kg. Berchang lebih kurang pukul 6.00 petang untuk bersolat jamak ta'khir. (maaf sepanjang perjalanan ini kami tidak snap gambar!!!). 

Selepas solat kami meneruskan perjalanan dan tiba pukul 8.40 malam untuk bersolat jamak ta'khir di Masjid Kampung Baru Keroh, Kuala Krai. Kami tiba kembali di rumah pada pukul 10.15 malam. Oleh sebab kepenatan kami lena tidur pada malam itu. 

Sekian, coretan perjalanan saya untuk kali ini.




Isnin, 30 Oktober 2017

Melancong ke Palembang (siri 2)

Tiba di Bandara Internasional Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang

Sebenarnya Pelancongan ke Sumatera ini sudah lama kami rancang. Berbetulan pada hari terakhir sebagai seorang penjawat awam, saya mengadakan kenduri kesyukuran. Pada hari inilah saya, suami dan rakan-rakan yang kerap melancong telah merancang untuk melancong ke Palembang. Hj. Din Kok Lanas bersetuju untuk menguruskan lawatan kami.

 

 

Hj. Din Kok Lanas (sebelah depan, kiri) telah menempah tiket penerbangan, hotel,  menguruskan tourist guide makan minum, menyediakan jadual perjalanan  serta urusan perjalanan kami semasa di Palembang.Kerana pengalamannya saya mengucapkan Tahniah kepada HJ. DIN kerana berjaya menguruskan perjalanan ini dengan teratur selesa dan selamat. TAHNIAH!!!

 

 

 

 

 


Tiba di Bandara Internasional Sultan Mahmud Badruddin II

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rombongan kami tiba di Bandara Internasional Sultan Mahmud Badaruddin II, disambut oleh Nouri dan Rita, sebagai tourist guide kami. Sebuah bas tiba telah digunakan sepanjang lawatan kami.


bergambar di lapangan terbang


bas yang digunakan sepanjang lawatan kami



  

Sebaik-baik tiba di sana kami di bawa ke Restoran Seri Melayu untuk menikmati makan tengah hari.




 


Melawat Muzium Balaputra Dewa

Selepas makan tengah hari kami berkesempatan melawat sebuah muzium, yang menempatkan pelbagai artifak zaman silam. Di dalam dewan pameran kami melihat pelbagai hasil seni, seni tenun, kraftangan, dan alat-alat menangkap ikan yang pernah digunakan oleh masyarakat tradisional di nusantara ini.







 



 

 
Dalam kawasan Muzium itu juga terdapat pelbagai rumah contoh yang didiami oleh orang Melayu Sumatera suatu masa dahulu.

Pada waktu petangnya kami di bawa ke river sides, Sungai Musi di mana terletaknya dermaga sebagai pangkalan menuju ke Pulau Kemaro yang akan kami lawati nanti. dari kawasan dermaga ini juga kami dapat melihat Jambatan Ampera yang termasyur di Palembang.

Jambatan Ampera yang dilihat dari dermaga


Sungai Musi, merupakan sungai yang paling sibuk di Pulau Sumatera. Sejak dulu Sungai Musi sudah menjadi urat nadi dari perekonomian yang ada di Kota Palembang dan Sumatera Selatan. Pada sepanjang tepi sungai Musi ini terdapat banyak sekali objek pelancongan seperti Jambatan Ampera, Benteng Kuto Besak, Pulau Kemaro, Museum Sultan Mahmud Badaruddin II, Pasar 16 Ilir, rumah Rakit, Jembatan Musi II, kilang minyak Pertamina, pantai Bagus Kuning, pabrik pupuk PUSRI, Masjid Al Munawar, dan lain sebagainya


Melawat Rumah Anak Yatim

Hari Ketiga kami berkesempatan berkunjung ke Rumah Asuhan Anak Yatim Al-Ikhlas sambil memberikan sedikit sumbangan.

 


Legenda Pulau Kemaro:

Menjelang tengah hari kami kembali ke jeti dermaga river sides menaiki boat untuk pergi ke Pulau Kemaro, mnenyaksikan legenda sejarah Pulau Kemaro.


Pulau Kemaro di Palembang Simpan Kisah Cinta Tragis

 


Ikuti kisah pelancongan saya ke Palembang dalam siri seterusnya. Terima kasih kerana anda sudi membacanya.