Tiba di Bandara Internasional Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang
Sebenarnya Pelancongan ke Sumatera ini sudah lama kami rancang. Berbetulan pada hari terakhir sebagai seorang penjawat awam, saya mengadakan kenduri kesyukuran. Pada hari inilah saya, suami dan rakan-rakan yang kerap melancong telah merancang untuk melancong ke Palembang. Hj. Din Kok Lanas bersetuju untuk menguruskan lawatan kami.
Hj. Din Kok Lanas (sebelah depan, kiri) telah menempah tiket penerbangan, hotel, menguruskan tourist guide makan minum, menyediakan jadual perjalanan serta urusan perjalanan kami semasa di Palembang.Kerana pengalamannya saya mengucapkan Tahniah kepada HJ. DIN kerana berjaya menguruskan perjalanan ini dengan teratur selesa dan selamat. TAHNIAH!!!
![]() |
Tiba di Bandara Internasional Sultan Mahmud Badruddin II |
Rombongan kami tiba di Bandara Internasional Sultan Mahmud Badaruddin II, disambut oleh Nouri dan Rita, sebagai tourist guide kami. Sebuah bas tiba telah digunakan sepanjang lawatan kami.
![]() |
bergambar di lapangan terbang |
![]() | ||||
bas yang digunakan sepanjang lawatan kami |
Sebaik-baik tiba di sana kami di bawa ke Restoran Seri Melayu untuk menikmati makan tengah hari.
Melawat Muzium Balaputra Dewa
Selepas makan tengah hari kami berkesempatan melawat sebuah muzium, yang menempatkan pelbagai artifak zaman silam. Di dalam dewan pameran kami melihat pelbagai hasil seni, seni tenun, kraftangan, dan alat-alat menangkap ikan yang pernah digunakan oleh masyarakat tradisional di nusantara ini.
Dalam kawasan Muzium itu juga terdapat pelbagai rumah contoh yang didiami oleh orang Melayu Sumatera suatu masa dahulu.
Pada waktu petangnya kami di bawa ke river sides, Sungai Musi di mana terletaknya dermaga sebagai pangkalan menuju ke Pulau Kemaro yang akan kami lawati nanti. dari kawasan dermaga ini juga kami dapat melihat Jambatan Ampera yang termasyur di Palembang.

Jambatan Ampera yang dilihat dari dermaga
Sungai Musi, merupakan sungai yang paling sibuk di Pulau Sumatera.
Sejak dulu Sungai Musi sudah menjadi urat nadi dari perekonomian yang
ada di Kota Palembang dan Sumatera Selatan.
Pada sepanjang tepi sungai Musi ini terdapat banyak sekali objek pelancongan seperti Jambatan Ampera, Benteng Kuto Besak, Pulau
Kemaro, Museum Sultan Mahmud Badaruddin II, Pasar 16 Ilir, rumah
Rakit, Jembatan Musi II, kilang minyak Pertamina, pantai Bagus
Kuning, pabrik pupuk PUSRI, Masjid Al Munawar, dan lain sebagainya


Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Palembang.
BalasPadamDriver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
Makanan yang dijamu juga enak.
Pokoknya,kalau mahu ke Palembang hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
Makasih ya empunya blog
Facebook: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
Slots - Casinos & Games at JTM Hub
BalasPadamJAM 전주 출장안마 BORGATA at 안양 출장안마 JOMBIE BORGATA 안양 출장마사지 Slots casino has just added a 서울특별 출장마사지 new bonus, and the casino is ready for your gaming 동두천 출장안마 adventure.