Translate
Ahad, 31 Disember 2017
Khamis, 7 Disember 2017
Berziarah ke Pantai Barat Tanpa di Rancang
Pukul 9.30 pagi 30/11/2017 Khamis suami mempelawa saya untuk ziarah keluarga saya di Kuala
Langat, Selangor sempena Cuti Maulidur Rasul. Saya setuju. Kami mengemas pakaian dan apa yang patut untuk dibawa. Dalam cuaca hujan renyai-renyai pukul 3.30 petang kami bertolak dari rumah. Kami singgah di sebuah surau di Belakang JPJ Gua Musang pukul 5.30 petang untuk bersolat asar. Pukul 6.10 minit petang kami terus bertolak dalam cuaca hujan lebat di sepanjang lebuh raya Merapoh-Benta dan kami tiba untuk berehat di Raub Pahang pada pukul 7.50 malam. Kami terus check in hotel, yang kami booking dari Gua Musang petang tadi.

Selepas sarapan pagi, pukul 10.30 pagi kami terus bertolak ke Kuala Lumpur dan berehat di Batu Cave. Pukul 12.00 tengah hari kami terus bertolak ke Banting. Pukul 2.30 petang kami singgah di Pekan Seri Cheding untuk menziarahi kakak ipar (Kak Yam) dan anak-anak yang tinggal bersamanya, Iwan dan Fadhil. Hampir 30 tahun kami tak bertemu dengannya. Kak Yam adalah isteri kepada abang sulong saya Abu Bakar/Kurnain yang sudah lama meninggal dunia. (maaf lupa bergambar).
Kami tiba di bandar Banting pukul 4.30 petang dan singgah di Restoran Basri Ali, untuk minum petang.
Kami berehat dan bermalam di Kampung Kanchong darat, rumah pusaka peninggalan abah dan ibu saya, yang kini didiami oleh anak saudara, Sherry bersama ibu dan anak-anaknya. Pada pagi sabtu kami ke Gold Coast, Morib untuk berehat.
Pada waktu petang kami ambil kesempatan ke kilang pembuatan kerepek "Ros Kerepek"

Bermacam jenis kerepek di jual di sini.
Ros Kerepek terletak di Lot 738, Jalan Sukun, Kanchong Darat, Banting.
Selepas dua hari di Kanchong Darat, pada pukul 10.00 pagi sabtu kami bertolak ke Muar. Di Muar kami tiba pukul 11.50 pagi menginap di Muar Traders Hotel, yang sudah kami booking.
Pada petang Ahad, kami ambil kesempatan bersiar-siar di sekitar bandar Muar.
Pada pagi Isnin selepas sarapan di hotel, pukul 10.00 pagi kami kemudiannya bertolak pulang. Kami mengambil Jalan Lebuh AMJ, masuk jalan merlimau Jasin, jalan Jasin UITM, kemudian melalui Felda Pasir Besar, Bahau, Bandar Seri Jempol, Triang, Bandar Bera, Temerloh, Masuk ke Jalan Mentakab, seterusnya ke Jerantut. Dari Jerantut kami masuk melalui Kuala Tembeling, seterusnya tiba di simpang berhampiran dengan Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan Jalan Benta Merapoh. Kami singgah di masjid Kg. Berchang lebih kurang pukul 6.00 petang untuk bersolat jamak ta'khir. (maaf sepanjang perjalanan ini kami tidak snap gambar!!!).
Selepas solat kami meneruskan perjalanan dan tiba pukul 8.40 malam untuk bersolat jamak ta'khir di Masjid Kampung Baru Keroh, Kuala Krai. Kami tiba kembali di rumah pada pukul 10.15 malam. Oleh sebab kepenatan kami lena tidur pada malam itu.
Sekian, coretan perjalanan saya untuk kali ini.
JELAI HOTEL
TEMPAT YANG MENJADI TEMPAT PENGINAPAN KAMI DALAM PERJALANAN DARI PANTAI TIMUR KE PANTAI BARAT
Selepas sarapan pagi, pukul 10.30 pagi kami terus bertolak ke Kuala Lumpur dan berehat di Batu Cave. Pukul 12.00 tengah hari kami terus bertolak ke Banting. Pukul 2.30 petang kami singgah di Pekan Seri Cheding untuk menziarahi kakak ipar (Kak Yam) dan anak-anak yang tinggal bersamanya, Iwan dan Fadhil. Hampir 30 tahun kami tak bertemu dengannya. Kak Yam adalah isteri kepada abang sulong saya Abu Bakar/Kurnain yang sudah lama meninggal dunia. (maaf lupa bergambar).
Kami tiba di bandar Banting pukul 4.30 petang dan singgah di Restoran Basri Ali, untuk minum petang.
Kami berehat dan bermalam di Kampung Kanchong darat, rumah pusaka peninggalan abah dan ibu saya, yang kini didiami oleh anak saudara, Sherry bersama ibu dan anak-anaknya. Pada pagi sabtu kami ke Gold Coast, Morib untuk berehat.
Melayan Abid Memandu Kereta Bantley |
Bermacam jenis kerepek di jual di sini.
Ros Kerepek terletak di Lot 738, Jalan Sukun, Kanchong Darat, Banting.
Selepas dua hari di Kanchong Darat, pada pukul 10.00 pagi sabtu kami bertolak ke Muar. Di Muar kami tiba pukul 11.50 pagi menginap di Muar Traders Hotel, yang sudah kami booking.
![]() |
Ayu cafe tempat sarapan kami pada pagi Isnin |
selfie di tepi Sungai Muar. |
Selepas solat kami meneruskan perjalanan dan tiba pukul 8.40 malam untuk bersolat jamak ta'khir di Masjid Kampung Baru Keroh, Kuala Krai. Kami tiba kembali di rumah pada pukul 10.15 malam. Oleh sebab kepenatan kami lena tidur pada malam itu.
Sekian, coretan perjalanan saya untuk kali ini.
Langgan:
Catatan (Atom)