SEJARAH PEMBANGUNAN
PELANCONGAN INAP DESA (HOMESTAY) DI
MALAYSIA
Konsep homestay telah mula
diperkenalkan secara tidak rasmi di Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. Ketika
itu sudah ada sebilangan penduduk kampung di Cherating, Pahang yang menyediakan
penginapan kepada para pelancong luar yang ingin tinggal lama untuk menikmati
keindahan Pantai Cherating. Para pelancong dibawa untuk tinggal bersama dengan
keluarga di kampung mereka dan disediakan sarapan pagi oleh tuan rumah
(Amran,2004). Namun ketika itu penyertaan masyarakat tidak begitu meluas dan homestay di jadikan sebagai alternative
kepada chalet dan pusat peranginan bagi mereka yang ingin menjimatkan kos
penginapan. (Yahya & Fauwaz, 2008)
Menyedari
wujudnya rangsangan ekonomi melalui aktiviti seperti itu, maka Program Homestay
telah diperkenalkan secara rasmi di peringkat nasioanal oleh Kementeriaan
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 1995.
Program homestay pertama di Malaysia yang mendapat
sokongan Kementerian ialah program homestay di Desa Murni, sebuah komuniti yang
terdiri daripada lima kampung berdekatan Temerloh, Pahang
“Penggerak program homestay Desa Murni kemudian mengasaskan
Persatuan Homestay Malaysia. Faedah daripada program homestay kepada komuniti
di Desa Murni sangat menyerlah. Di situ, budaya Malaysia dapat dipromosikan dan
pelancongan dapat dibangunkan secara lestari kerana pendapatan mengalir ke
tangan komuniti itu sendiri dan pengetahuan ahli komuniti itu sendiri mengenai
sumber warisan kepunyaan mereka meningkat (Kalsom et al, 2006).”
Bagi memantapkan lagi
perjalanan program homestay , Persatuan Homestay Malaysia (PHM) telah
ditubuhkan pada 2000. Menurut setiausaha PHM, En Yaakob bin Uda sehingga tahun
2004, terdapat lebih kurang 1,674 pengusaha homestay yang berdaftar meliputi 62
buah kampung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut, hanya 20 kampung
yang masih beroperasi (32 peratus) dan kurang daripada 10 kampung yang aktif.
TAHUN
|
JUMLAH PENDAPATAN
|
2006
|
RM 206, 360
|
2007
|
RM 4, 923, 433 (+ 96%)
|
2008
|
RM 6, 393, 676 (+ 23%)
|
Rajah 2.3. : Jumlah
pendapatan dari program Homestay seluruh Negara (2006-2008)
Sumber : Kementerian
Pelancongan Malaysia
Kementerian
Pelancongan Malaysia juga telah meletakkan program homestay bersama dalam Pelan
Pembangunan Desa yang disediakan untuk memastikan pembangunan pelancongan inap
desa diberi perhatian yang lebih teliti dalam pembangunan di luar bandar. Selain
itu, program homestay juga merupakan satu daripada intisari aktiviti latihan
yang ditawarkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan
Luar Bandar yang befungsi sebagai institut latihan utama pengurusan pembangunan
desa (INFRA,2002)
STRATEGI DAN GARIS PANDUAN
PELAKSAAN PROGRAM
HOMESTAY
Program
homestay juga merupakan satu strategi pelaksanaan yang menggambarkan penekanan
polisi kerajaan ke arah pembanguan sector pelancongan negara ini seperti penghasilan
tukaran wang asing, agen penggalak kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara
yang saksama, menggalakkan pembangunan luar bandar dan mempercepat integrasi
penduduk bandar ke desa (Kalsom et al,2006).
Selain
itu, program ini juga dijangka dapat menghasilkan peluang-peluang pekerjaan
terutamanya di luar bandar dan pada masa yang sama dapat menggalakkan penglibatan daripada semua
komuniti etnik dalam sector ini. Apabila wujudnya penglibatan dan kerjasama
dari semua peringkat masyarakat, maka perpaduan negara dapat dipupuk dan hal
ini dapat memberi gambaran yang baik terhadap Maysia di prasarana antarabangsa.
Menyedari homestay bukan sahaja mampu
menarik pelancong untuk datang ke negara kita, malah meningkatkan tahap ekonomi
masyarakat desa, maka kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan telah
memberi perhatian terhadap pembangunan homestay. Pelbagai agensi kerajaan
terlibat dalam program ini. Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Tourism
Malaysia melakukan promosi dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
pula member latihan kepada peserta dan melaksanakan pembangunan infrastruktur
setempat.
Terdapat
garis panduan tertentu yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelancongan
Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program homestay. Garis panduan tersebut
adalah perlu bagi membantu perancangan dan pembangunannya homestay yang berkesan
dan sistematik di Malaysia. Penyertaan dalam program ini dibuka kepada semua
rakyat Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di suatu kediaman rumah yang
lengkap. Bagi memastikan kejayaan program ni, semua peserta hendaklah berdaftar
dengan KPM serta berurusan dengan mana-mana agensi pelancongan dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan harga, makanan pengangkutan dan hal lain
yang melibatka pakej lawatan KPM. Garis
panduan yang telah ditetapkan oleh KPM merangkumi beberapa aspek yang
meliputi aspek keselesaan, kecekapan, keselamatan dan kebersihan
Bil.
|
Ciri-ciri
|
Syarat-Syarat yang perlu dipatuhi
|
1.
|
Lokasi rumah kediaman
|
·
Lokasinya hendaklah di dalam kawasan yang sesuai dari segi perhubungan
pengangkutan
·
Bebas daripada sebarang pencemaran alam.
· Mempunyai persekitaran yang sesuai dan sebaik-baiknya dapat memaparkan
cara hidup masyarakat Malaysia.
|
2.
|
Kemudahan Asas
|
·
Rumah kediaman mempunyai keluasan yang sesuai dan pelancong yang menginap
hendaklah ditempatkan di bilik yang berasingan.
· Bilangan maksimum bilik yang dibenarkan untuk disewakan kepada pelancong
adalah terhad kepada 3 buah bilik dengan ruang keluasan yang sesuai.
·
Menyediakan bilik mandi, tandas, ruang makan dan ruang tamu dan kemudahan
asas lain yang sesuai.
·
Penyediaan dan pembekalan makan/minum, tuala, ubat nyamuk, kelambu dan
kain sarong/batik adalah atas permintaan oleh pelancong dan ianya akan
dikenakan bayaran.
·
Penyelenggaraan rapi ke atas semua kemudahan asas
|
3.
|
Kebersihan
|
·
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap
yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.
·
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik hendaklah diadakan bagi
mengelakkan bau busuk
|
4
|
Keselamatan
|
·
Pelancong berkumpulan dan diuruskan oleh syarikat pelancongan:
perlindungan insurans hendaklah diuruskan oleh syarikat pelancongan tersebut.
· Bagi pelancong perseorangan, : dapatkan insurans daripada mana-mana
syarikat insurans yang berdaftar.
·
langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah diambil
kira oleh tuan punya rumah.
|
Rajah 2.4 : Garis
panduan penyertaan program homestay di Malaysia
Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia
Panduan menyediakan kemudahan homestay ini adalah sebagai
bahan rujukan untuk memudahkan pengusaha-pengusaha program Homestay menyediakan
kemudahan ini kepada pelancong-pelancong bagi memastikan ianya dapat diadakan
dengan lebih teratur dan terkawal. Bagi menjamin kejayaan program ini, semua
pihak yang turut serta hendaklah membaca dan memahami semua peraturan dan
syarat-syarat yang dinyatakan tersebut.
Sunber: http://terusanilmu.blogspot.my/2013/02/bab-ii-pembangunan-pelancongan-homestay.html
Terima kasih kepada:
terusanilmu blogspot.com