Translate

Ahad, 28 Februari 2021

ROSSAZ HOMESTAY SUDAH BERAKHIR

 MULAI 1 MAC 2021 (ISNIN) BERSAMAAN 17 REJAB 1442H, KAMI TELAH MENAMATKAN PERKHIDMATAN HOMESTAY.

 

 

INI BERMAKNA MULAI TARIKH (HARI INI) ROSSAZ HOMESTAY TIDAK LAGI WUJUD.

 

SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG KESALAHAN DAN KESILAPAN SAYA SEBAGAI PEMILIK ROSSAZ HOMESTAY  INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN PENGINAP YANG PERNAH MENYEWA DAN MENGINAP DI HOMESTAY INI.

SAYA TAHU RAMAI PENYEWA YANG TELAH MENYEWA KALI PERTAMA AKAN MENYEWA KALI BERIKUTNYA DAN MENYATAKAN KESELESAAN MEREKA MENGINAP DI HOMESTAY INI.


SEKALI LAGI SAYA MENYUSUN  SEPULUH JARI MEMOHON MAAF KEPADA PENYEWA YANG PERNAH MENGINAP DI HOMESTAY INI KIRANYA ADA SEBERANG KEKURANGAN LAYANAN DAN KESALAHAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN.

 


 

 

Jumaat, 21 Disember 2018

Melancong ke Semporna dan Tawau Sabah Negeri Bawah Bayu

Satu Nostalgia - mengenang keseronokan pertama kali melancong ke Semporna dan Tawau:-

Salah satu daripada kegemaran kami suami isteri ialah melancong ke pelbagai destinasi yang menarik dalam negara yang bermula dengan melancong ke Sabah awal tahun 2000. Peristiwa pelancongan ini  sempat kami rakamkan sebagai kenangan dalam diari kehidupan pengembaraan kami. Untuk mengetahui serba sedikit tentang Pekan Semporna ini ada boleh merujuk ke Portal Pejabat Daerah Semporna

Rakaman pelancongan kami ke Semporna:- 



Khamis, 13 Disember 2018

Melancong ke Padang Bukittinggi





Hari Pertama : Hari Ketibaan

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dan di sambut oleh Bapak Masri Simin ejen/wakil pelancongan. Seterusnya dimulakan dengan makan tengah hari di Rumah Makan Lamun Ombak. Bertolak ke Bukittinggi melalui  Lembah Anai. Singgah di Air Terjun Anai dan Minangkabau Village. Singgah di Pusat Sulaman Putri Minang, kemudiannya berkunjung ke Pandai Sikek, kampung yang terkenal dengan tenunan dan kayu – ukiran, waktu petang dan Makan malam di restoran Pondok Baselo. Bermalam di Royal Denai Hotel.

 

Hari Ke Dua :  Minangkabau Tour

Sarapan pagi di hotel. Singgah di Pusat Sulaman Annisa. Melawat ke Kelok 44 untuk melihat pemandangan Tasik Maninjau. Singgah di Kelok 37 untuk bergambar dan melihat panorama indah Tasek Maninjau. Melawat  Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka di Sungai Batang Maninjau. Kemudian bertolak Bukit Tinggi. Makan tengah hari di Rumah Makan Simpang Raya.  Singgah di Pusat Sulaman Linduang Bulan sebelum bertolak ke Jam Gadang Bukittinggi. Melawat kawasan sekitar Jam Gadang, Pasar Atas, Pasar Bawah dan Plaza Bukittinggi dan Pusat Beli Belah Ramayana. Makan malam di Restoran Sederhana Bukittinggi. Daftar masuk hotel kemudian pada waktu malamnya menonton persembahan kebudayaan di nan Balinduan. Menginap di HW Hotel Bukittinggi.

 

Hari Ke Tiga :  Minangkabau Tour

Sarapan pagi di hotel. Melawat  Lobang  Japang  Grand Sianok Canyon. Singgah untuk membeli ole-ole di Ummi Aufa Hakim.  Melawat ke Batu Sangkar iaitu negeri  Minangkabau yang unik. Melawat industri kampong di Tabek Patah seperti Pisang Salai dan Kopi tradisional Miling. Makan tengah hari di Restoran Pondok Flora, sebuah restoran di tengah sawah. Selepas makan kemudiannya melawat Istana Raja Pagaruyung kemudian kembali ke Bukittinggi seterusnya menuju ke Padang.

 

Hari Ke Empat : Shopping Tour – Padang City Tour

Sarapan pagi di hotel. Setibanya di Padang, melawat China Town, Pelabuhan Lama,  Pantai Padang  dan aktiviti membeli-belah. Daftar masuk ke hotel. Makan malam.

Hari Ke Lima : Daftar Keluar – Perlepasan

Sarapan pagi di hotel, Bersiap – siap untuk keluar hotel, Aktiviti bebas sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau.

Isnin, 10 Disember 2018

Mendengar kisah percintaan Zainuddin dengan Hayati dalam misi melancong ke Padang dan Bukittinggi Sumatera Barat


Assalamualaikum
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Perjalanan dari KLIA 2 ke Padang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Terasa baru saja duduk dalam pesawat tiba-tiba dah dengar pengumuman nak landing. Begitu dekat rupanya. Tapi nak ke Bukit Tinggi, kena turun di Airport Minangkabau International yang terletak di Pariaman, Padang.

Misi pelancongan ke Indonesia kali ni, kami ke Bukittinggi, Padang Sumatera Barat Indonesia selama 5 hari 4 malam. Antara yang seronoknya ketika dalam bas hari terakhir dari Bukittinggi kembali ke Padang, tourist guide kami sempat bercerita tentang kisah percintaan pasangan teruna dara yang dipetik daripada novel  "Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" karya Buya HAMKA,  cerita ni seriously best.!!.

Sinopsis cerita Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka yang memaparkan kisah cinta seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis dari keluarga ternama bernama Hayati. Cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak. Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak mendampingi Hayati. Ibarat ruas telah bertemu buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. Begitulah pandangan keluarga Hayati, ketika mereka sepakat menjodohkan Hayati dan Aziz.

Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.
Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.

Prof. Dr. Hamka menulis buku ini ketika beliau berusia 31 tahun ketika darah masih muda, khayalan dan sentimen masih memenuhi jiwanya dan beliau dikritik hebat kerana ia adalah sebuah buku cinta sedangkan pada zaman itu buku yang sebegini tidak pernah diterbitkan. Tetapi setelah sepuluh tahun berlalu, masyarakat mulai faham akan perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia. Sehinggakan ada yang bertanya bila lagi Dr akan menulis cerita yang begini hebat seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah.
Surat daripada Zainuddin kepada Hayati;
Lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari. Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.

Surat Kahdijah (sahabat Hayati) kepada Hayati
Cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup cinta menjadi kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau rindu, dendam kasih sayang atau asyik maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat.

Untuk seterusnya boleh ditonton dalam video ini Tenggelamnya Kapal Van der Wijck 

Video yang diringkaskan

Insyaallah jika berkelapangan, saya akan ceritakan nanti kisah pelancongan kami ke Padang-Bukittinggi



Jumaat, 7 Disember 2018

SEJARAH PEMBANGUNAN PELANCONGAN HOMESTAY DI MALAYSIA


SEJARAH PEMBANGUNAN PELANCONGAN INAP DESA (HOMESTAY) DI MALAYSIA 
Konsep homestay telah mula diperkenalkan secara tidak rasmi di Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. Ketika itu sudah ada sebilangan penduduk kampung di Cherating, Pahang yang menyediakan penginapan kepada para pelancong luar yang ingin tinggal lama untuk menikmati keindahan Pantai Cherating. Para pelancong dibawa untuk tinggal bersama dengan keluarga di kampung mereka dan disediakan sarapan pagi oleh tuan rumah (Amran,2004). Namun ketika itu penyertaan masyarakat tidak begitu meluas  dan homestay di jadikan sebagai alternative kepada chalet dan pusat peranginan bagi mereka yang ingin menjimatkan kos penginapan. (Yahya & Fauwaz, 2008)

Menyedari wujudnya rangsangan ekonomi melalui aktiviti seperti itu, maka Program Homestay telah diperkenalkan secara rasmi di peringkat nasioanal oleh Kementeriaan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 1995.  Program homestay pertama di Malaysia yang mendapat sokongan Kementerian ialah program homestay di Desa Murni, sebuah komuniti yang terdiri daripada lima kampung berdekatan Temerloh, Pahang
“Penggerak program homestay Desa Murni kemudian mengasaskan Persatuan Homestay Malaysia. Faedah daripada program homestay kepada komuniti di Desa Murni sangat menyerlah. Di situ, budaya Malaysia dapat dipromosikan dan pelancongan dapat dibangunkan secara lestari kerana pendapatan mengalir ke tangan komuniti itu sendiri dan pengetahuan ahli komuniti itu sendiri mengenai sumber warisan kepunyaan mereka meningkat (Kalsom et al, 2006).”
Bagi memantapkan lagi perjalanan program homestay , Persatuan Homestay Malaysia (PHM) telah ditubuhkan pada 2000. Menurut setiausaha PHM, En Yaakob bin Uda sehingga tahun 2004, terdapat lebih kurang 1,674 pengusaha homestay yang berdaftar meliputi 62 buah kampung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut, hanya 20 kampung yang masih beroperasi (32 peratus) dan kurang daripada 10 kampung yang aktif.
TAHUN
JUMLAH PENDAPATAN
2006
RM 206, 360
2007
RM 4, 923, 433 (+ 96%)
2008
RM 6, 393, 676 (+ 23%)
Rajah 2.3. : Jumlah pendapatan dari program Homestay seluruh Negara (2006-2008) 
Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia

Kementerian Pelancongan Malaysia juga telah meletakkan program homestay bersama dalam Pelan Pembangunan Desa yang disediakan untuk memastikan pembangunan pelancongan inap desa diberi perhatian yang lebih teliti dalam pembangunan di luar bandar. Selain itu, program homestay juga merupakan satu daripada intisari aktiviti latihan yang ditawarkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang befungsi sebagai institut latihan utama pengurusan pembangunan desa (INFRA,2002)


STRATEGI DAN GARIS PANDUAN 
PELAKSAAN PROGRAM HOMESTAY

Program homestay juga merupakan satu strategi pelaksanaan yang menggambarkan penekanan polisi kerajaan ke arah pembanguan sector pelancongan negara ini seperti penghasilan tukaran wang asing, agen penggalak kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara yang saksama, menggalakkan pembangunan luar bandar dan mempercepat integrasi penduduk bandar ke desa (Kalsom et al,2006).

Selain itu, program ini juga dijangka dapat menghasilkan peluang-peluang pekerjaan terutamanya di luar bandar dan pada masa yang sama  dapat menggalakkan penglibatan daripada semua komuniti etnik dalam sector ini. Apabila wujudnya penglibatan dan kerjasama dari semua peringkat masyarakat, maka perpaduan negara dapat dipupuk dan hal ini dapat memberi gambaran yang baik terhadap Maysia di prasarana antarabangsa. 

Menyedari homestay bukan sahaja mampu menarik pelancong untuk datang ke negara kita, malah meningkatkan tahap ekonomi masyarakat desa, maka kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan telah memberi perhatian terhadap pembangunan homestay. Pelbagai agensi kerajaan terlibat dalam program ini. Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Tourism Malaysia melakukan promosi dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pula member latihan kepada peserta dan melaksanakan pembangunan infrastruktur setempat.

Terdapat garis panduan tertentu yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program homestay. Garis panduan tersebut adalah perlu bagi membantu perancangan dan pembangunannya homestay yang berkesan dan sistematik di Malaysia. Penyertaan dalam program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di suatu kediaman rumah yang lengkap. Bagi memastikan kejayaan program ni, semua peserta hendaklah berdaftar dengan KPM serta berurusan dengan mana-mana agensi pelancongan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan harga, makanan pengangkutan dan hal lain yang melibatka pakej lawatan KPM. Garis  panduan yang telah ditetapkan oleh KPM merangkumi beberapa aspek yang meliputi aspek keselesaan, kecekapan, keselamatan dan kebersihan
Bil.
Ciri-ciri
      Syarat-Syarat yang perlu dipatuhi
1.
Lokasi rumah kediaman
·               Lokasinya hendaklah di dalam kawasan yang sesuai dari segi perhubungan pengangkutan
·          Bebas daripada sebarang pencemaran alam.
·             Mempunyai persekitaran yang sesuai dan sebaik-baiknya dapat memaparkan cara hidup masyarakat Malaysia.
2.
Kemudahan Asas
·           Rumah kediaman mempunyai keluasan yang sesuai dan pelancong yang menginap hendaklah ditempatkan di bilik yang berasingan.
·                  Bilangan maksimum bilik yang dibenarkan untuk disewakan kepada pelancong adalah terhad kepada 3 buah bilik dengan ruang keluasan yang sesuai.
·             Menyediakan bilik mandi, tandas, ruang makan dan ruang tamu dan kemudahan asas lain yang sesuai.
·         Penyediaan dan pembekalan makan/minum, tuala, ubat nyamuk, kelambu dan kain sarong/batik adalah atas permintaan oleh pelancong dan ianya akan dikenakan bayaran.
·         Penyelenggaraan rapi ke atas semua kemudahan asas
3.
Kebersihan
·            Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.
·            Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik hendaklah diadakan bagi mengelakkan bau busuk
4
Keselamatan
·         Pelancong berkumpulan dan diuruskan oleh syarikat     pelancongan: perlindungan insurans hendaklah diuruskan oleh  syarikat pelancongan tersebut.
·                 Bagi pelancong perseorangan, : dapatkan insurans daripada mana-mana syarikat insurans yang berdaftar.
·         langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah diambil kira oleh tuan punya rumah.
Rajah 2.4 : Garis panduan penyertaan program homestay di Malaysia 
Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia

Panduan menyediakan kemudahan homestay ini adalah sebagai bahan rujukan untuk memudahkan pengusaha-pengusaha program Homestay menyediakan kemudahan ini kepada pelancong-pelancong bagi memastikan ianya dapat diadakan dengan lebih teratur dan terkawal. Bagi menjamin kejayaan program ini, semua pihak yang turut serta hendaklah membaca dan memahami semua peraturan dan syarat-syarat yang dinyatakan tersebut.

Sunber: http://terusanilmu.blogspot.my/2013/02/bab-ii-pembangunan-pelancongan-homestay.html

Terima kasih kepada: terusanilmu blogspot.com


Berkenduri di Perkampungan Melayu Cham di Kemboja



Jumaat, 31 Ogos 2018

Kembara Amal Zuwarda Group – Satu Iktibar Duniawi ukhrawi

Kembara di Bumi Kemboja dan Vietnam

Satu rahmat yang tidak dapat dibayangkan, kunjungan kami ke Kemboja dan Vietnam 19/12/2012 hingga 23/12/2012 (5 hari 4 malam) melahirkan  pelbagai kenangan  sayu dan indah yang menusuk kalbu. Nikmat ukhuwah  yang terjalin dengan rakan-rakan seagama terpahat manis  dalam ingatan yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayat.


Kembara kami di bumi Kemboja bermula di Lapangan Terbang Phnom Penh. Sebaik sahaja selesai pemeriksaan imegresen, kami disambut dengan penuh keceriaan oleh Ustaz Shafie Ahmad. Kami menaiki van menuju ke Pusat Bandar Pnom Penh. Beliaulah yang mengiringi dan menjadi pemandu pelancong sepanjang pengembaraan kami di bumi Kemboja dan Vietnam. Hari pertama mengunjungi Kemboja, kami bermalam di Hotel Lucky Star 2.