Satu rahmat yang tidak dapat
dibayangkan, kunjungan kami ke Kemboja dan Vietnam 19/12/2012 hingga 23/12/2012 (5 hari 4 malam) melahirkan pelbagai kenangan sayu dan indah yang menusuk kalbu. Nikmat
ukhuwah yang terjalin dengan rakan-rakan
seagama terpahat manis dalam ingatan
yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayat.
Kembara kami di bumi Kemboja bermula di Lapangan Terbang
Phnom Penh. Sebaik sahaja selesai pemeriksaan imegresen, kami disambut dengan
penuh keceriaan oleh Ustaz Shafie Ahmad. Kami menaiki van menuju ke Pusat
Bandar Pnom Penh. Beliaulah yang mengiringi dan menjadi pemandu pelancong
sepanjang pengembaraan kami di bumi Kemboja dan Vietnam. Hari pertama mengunjungi Kemboja, kami bermalam di Hotel Lucky Star 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan