Melancong ke
Palembang (siri 1)
Namanya sering disebut-sebut dalam
hikayat Hang Tuah serta asal-usul Raja-Raja Melayu. Tahukah kita dimana
terletaknya Bukit Siguntang?
Watak-watak seperti Iskandar
Zulkarnain, Hang Tuah, Parameswara dan Patih Gajah Mada semuanya berlatarbelakangkan pengkisahan
di Bukit Siguntang. Penceritaan Bukit Siguntang terdapat pelbagai versi dan
sudut pandangan. Ikuti sedikit latar-belakang dan sejarah Bukit Siguntang.
Sejarah Bukit Siguntang boleh
dibahagikan dari sudut pandangan 'Sejarah' dan 'Mitos Melayu'.
Kisah Sejarah Melayu bermula dengan
penceritaan asal usul Raja-Raja Melayu daripada Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita
dan Nila Utama (anak Raja Suran yang berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain,
nisab Sulaiman a.s., pancar Nusyirwan Adil, raja Masyrik dan Maghrib).
Mereka dibela Raja Aftabul Ard.
Apabila dewasa dan teringin ke dunia, “maka oleh Raja Aftabul Ard diberinya
seekor lembu yang amat putih, seperti perak warnanya. Maka ketiga anak raja
itupun naiklah ke atas lembu itu, lalu berjalanlah keluar. Dengan takdir Allah
subhanahu wataala yang maha mulia dan maha kuasa, teruslah ke Bukit Siguntang
(di Palembang) itu pada waktu malam.
“Maka pada malam itu dipandang oleh
Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di atas Bukit Siguntang itu
bernyala-nyala seperti api. Maka kata Wang Empuk dan Wan Malini, ‘Cahaya apa
gerangan bernyala-nyala itu. Takut pula beta melihat dia.’…Maka keduanya naik
ke atas Bukit Siguntang itu. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas dan
berdaunkan perak dan batangnya tembaga suasa.” (Sejarah Melayu yang diusahakan
WG Shellabear, Alkisah Cetera Yang Kedua, muka surat 17)
Kisah raja-raja di Bukit Seguntang
ini berlaku lama sebelum Islam datang ke Alam Melayu. Menurut fakta sejarahnya,
sebelum tahun 700 Masihi, Raja-Raja Sriwijaya yang berkerajaan di Palembang
termasuk Bukit Seguntang beragama Hindu dan di antara tahun 700 hingga 1200
Masihi, beragama Buddha.
Raja Palembang pertama memeluk Islam
adalah Ariodamar (1455-1486). Baginda menggunakan nama Islam, ArioAbdillah atau
Aridillah. Sekalipun raja beragama Islam, rakyat dapat diislamkan sepenuhnya
ketika pemerintahan Kesultanan Palembang Darussalam yang didaulatkan pada 1659.
Di Bukit Siguntang, terdapat
sekurang-kurang tujuh kuburan raja, permaisuri dan pahlawan di sana. Terdapat
seorang wanita tua yang mendakwa sebagai Penjaga Kerajaan Sriwijaya di Bukit
Seguntang. Pakaiannya pelik, berwarna merah, namanya Nyaton, 73 tahun. Dia mahu
dikenali sebagai Nyai Bukit Siguntang.
Beliau mendakwa keturunannya
diamanatkan Patih Gadja Mada dari Majapahit melalui mimpi untuk menjaga
makam-makam di Bukit Siguntang Mahameru. Menurut Nyai Nyaton, Parameswara
adalah anak Balaputra Dewa, raja pertama Lembang Melayu di Bukit Siguntang.
Beliau beradik dengan Radja Segentar Alam. Selepas berlaku perbalahan,
Parameswara membawa diri ke Singapura, seterusnya ke Melaka.
Lokasi Bukit Siguntang
BUKIT Siguntang adalah tempat
bersejarah di Kota Palembang di zaman Sriwijaya menjadi tempat bersejarah
penganut agama Buddha. Daerah ini terletak 4 KM dari Kota Palembang dengan
ketinggian 27 meter dari permukaan laut, tepat di Kelurahan Bukit Lama. Tempat
ini sampai sekarang masih berstatus keramat oleh masyarakat setempat kerana
disini terdapat beberapa makam diantaranya :
1. Raja Gentar Alam
3. Putri Rambut Selako
4. Panglima Bagus Kuning
5. Panglima Bagus Karang
6. Panglima Tuan Junjungan
7. Panglima Raja Baru Api
8. Panglima Jago Lawang
Berdasarkan hasil penemuan pada tahun
1920 di sekitar bukit ini telah ditemukan sebuah patung (arca) Buddha bergaya
seni Amarawati yang raut wajah Srilangka berasal dari abad X4 Masehi yang
sekarang diletakan di halaman Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II.
Museum Sultan Mahmud Badaruddin II yang terletak berhampiran Sungai Musi ini memiliki bentuk asli bangunan tidak berubah dari masa awal pendiriannya. Lokasinya di Jalan Sultan Mahmud Badaruddin II No. 2, Palembang.
Di museum ini Anda dapat menikmati sekitar 556 koleksi benda bersejarah, mulai dari bekas peninggalan kerajaan Sriwijaya hingga Kesultanan Palembang. Nama Sultan Mahmud Badaruddin II dijadikan nama museum ini untuk menghormati jasanya bagi kota Palembang.
Museum ini berdiri di atas bangunan Benteng Koto Lama (Kuto Tengkurokato Kuto Batu) dimana Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikramo dan Sultan Mahmud Badaruddin I (1724-1758) memerintah.