Rossaz Homestay
1) Rumah Teres satu TingkatHomestay ini merupakan satu unit rumah teres setingkat 3 pintu yang bergabung dengan dua unit rumah kediaman. Mempunyai tiga bilik, satu daripadanya bilik utama, ruang tamu, ruang dapur dan dua tandas dan bilik air. Letaknya dalam sebuah kampung yang permai, di depannya terdapat sebatang tali air, tempat memancing dan orang ramai beriadhah terutamanya pada waktu petang.
2) Ruang Parking
Homestay ini mempunyai ruang parking kereta yang luas muat untuk dua buah kereta di kawasan berbumbung, berpagar dan boleh memuatkan sebuah kenderaan lagi di kawasan tidak berbumbung..Kenderaan anda tentunya selamat kerana ruang parking ini terletak dalam kawasan berpagar.
Rossaz Homestay terletak dalam sebuah kampung yang aman. Letaknya 30km daripada bandar Kota Bharu, 20km daripada Wakaf Che Yeh dan 20km daripada bandar Machang, 3.5km daripada pekan Kok Lanas, dan 4km daripada Kem Desa Pahlawan serta pekan Ketereh. 3km daripada Kolej Komuniti, 2.5km daripada Politeknik, dan 5km daripada Kolej Matrikulasi
4) Kemudahan Asas
Homestay ini mempunyai 2 buah bilik air. Plug elektrik banyak disediakan di dalam rumah. Plug extension juga disediakan untuk kegunaan tetamu.Terdapat 2 alatl/ tong pemadam api jenis debu dan jenis cecair.

i) Sofa untuk ruang tamu.
Set sofa dan meja kopi terdapat diruang tamu
RUANG TAMU |
ii) Televisyen di ruang tamu
iii) Tiga bilik tidur.
BILIK UTAMA |
BILIK KEDUA (TENGAH) |
BILIK TENGAH |
BILIK KELUARGA |
![]() |
BILIK KELUARGA |
iv) Kelengkapan dapur dan ruang makan
Meja makan bulat jenis kayu dengan kerusi di ruang makan. Periuk, kuali, cerek elektrik dan pinggan mangkuk tersedia di atas rak. Peti sejuk dan mesin basuh juga disediakan.
Meja Makan di ruang dapur |
Kelengkapan lain yang disediakan termasuklah seterika, peralatan dalam tandas seperti baldi, gayung dan mop lantai. Tong sampah plastik disetiap ruang dan bilik. Pencuci pinggan mangkuk dan kain untuk mengelap.
iv) aircond dan kipas angin
Penghawa diingin (aircond) disediakan untuk bilik utama dan bilik keluarga dan sebuah bilik lagi disediakan kipas angin (kipas dinding)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan