Translate

Khamis, 12 Mei 2016

Melawat Palembang




Melancong ke Palembang (siri 1)
Namanya sering disebut-sebut dalam hikayat Hang Tuah serta asal-usul Raja-Raja Melayu. Tahukah kita dimana terletaknya Bukit Siguntang?
Watak-watak seperti Iskandar Zulkarnain, Hang Tuah, Parameswara dan Patih Gajah Mada semuanya berlatarbelakangkan pengkisahan di Bukit Siguntang. Penceritaan Bukit Siguntang terdapat pelbagai versi dan sudut pandangan. Ikuti sedikit latar-belakang dan sejarah Bukit Siguntang.

Sejarah Bukit Siguntang boleh dibahagikan dari sudut pandangan 'Sejarah' dan 'Mitos Melayu'.

Menyingkap sejarah Melayu di Bukit Siguntang


Kisah Sejarah Melayu bermula dengan penceritaan asal usul Raja-Raja Melayu daripada Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita dan Nila Utama (anak Raja Suran yang berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain, nisab Sulaiman a.s., pancar Nusyirwan Adil, raja Masyrik dan Maghrib).

Mereka dibela Raja Aftabul Ard. Apabila dewasa dan teringin ke dunia, “maka oleh Raja Aftabul Ard diberinya seekor lembu yang amat putih, seperti perak warnanya. Maka ketiga anak raja itupun naiklah ke atas lembu itu, lalu berjalanlah keluar. Dengan takdir Allah subhanahu wataala yang maha mulia dan maha kuasa, teruslah ke Bukit Siguntang (di Palembang) itu pada waktu malam.

“Maka pada malam itu dipandang oleh Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di atas Bukit Siguntang itu bernyala-nyala seperti api. Maka kata Wang Empuk dan Wan Malini, ‘Cahaya apa gerangan bernyala-nyala itu. Takut pula beta melihat dia.’…Maka keduanya naik ke atas Bukit Siguntang itu. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas dan berdaunkan perak dan batangnya tembaga suasa.” (Sejarah Melayu yang diusahakan WG Shellabear, Alkisah Cetera Yang Kedua, muka surat 17)
  
Kisah raja-raja di Bukit Seguntang ini berlaku lama sebelum Islam datang ke Alam Melayu. Menurut fakta sejarahnya, sebelum tahun 700 Masihi, Raja-Raja Sriwijaya yang berkerajaan di Palembang termasuk Bukit Seguntang beragama Hindu dan di antara tahun 700 hingga 1200 Masihi, beragama Buddha.

Raja Palembang pertama memeluk Islam adalah Ariodamar (1455-1486). Baginda menggunakan nama Islam, ArioAbdillah atau Aridillah. Sekalipun raja beragama Islam, rakyat dapat diislamkan sepenuhnya ketika pemerintahan Kesultanan Palembang Darussalam yang didaulatkan pada 1659.

Di Bukit Siguntang, terdapat sekurang-kurang tujuh kuburan raja, permaisuri dan pahlawan di sana. Terdapat seorang wanita tua yang mendakwa sebagai Penjaga Kerajaan Sriwijaya di Bukit Seguntang. Pakaiannya pelik, berwarna merah, namanya Nyaton, 73 tahun. Dia mahu dikenali sebagai Nyai Bukit Siguntang.

Beliau mendakwa keturunannya diamanatkan Patih Gadja Mada dari Majapahit melalui mimpi untuk menjaga makam-makam di Bukit Siguntang Mahameru. Menurut Nyai Nyaton, Parameswara adalah anak Balaputra Dewa, raja pertama Lembang Melayu di Bukit Siguntang. Beliau beradik dengan Radja Segentar Alam. Selepas berlaku perbalahan, Parameswara membawa diri ke Singapura, seterusnya ke Melaka. 

Lokasi Bukit Siguntang

BUKIT Siguntang adalah tempat bersejarah di Kota Palembang di zaman Sriwijaya menjadi tempat bersejarah penganut agama Buddha. Daerah ini terletak 4 KM dari Kota Palembang dengan ketinggian 27 meter dari permukaan laut, tepat di Kelurahan Bukit Lama. Tempat ini sampai sekarang masih berstatus keramat oleh masyarakat setempat kerana disini terdapat beberapa makam diantaranya :

1. Raja Gentar Alam
2. Putri Kembang Dadar

3. Putri Rambut Selako
4. Panglima Bagus Kuning
5. Panglima Bagus Karang
6. Panglima Tuan Junjungan
7. Panglima Raja Baru Api
8. Panglima Jago Lawang

Berdasarkan hasil penemuan pada tahun 1920 di sekitar bukit ini telah ditemukan sebuah patung (arca) Buddha bergaya seni Amarawati yang raut wajah Srilangka berasal dari abad X4 Masehi yang sekarang diletakan di halaman Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II.


Museum Sultan Mahmud Badaruddin II yang terletak berhampiran Sungai Musi ini memiliki bentuk asli bangunan tidak berubah dari masa awal pendiriannya. Lokasinya di Jalan Sultan Mahmud Badaruddin II No. 2, Palembang.
Di museum ini Anda dapat menikmati sekitar 556 koleksi benda bersejarah, mulai dari bekas peninggalan kerajaan Sriwijaya hingga Kesultanan Palembang. Nama Sultan Mahmud Badaruddin II dijadikan nama museum ini untuk menghormati jasanya bagi kota Palembang.
Museum ini berdiri di atas bangunan Benteng Koto Lama (Kuto Tengkurokato Kuto Batu) dimana Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikramo dan Sultan Mahmud Badaruddin I (1724-1758) memerintah.



Melancong ke Kelantan

Perancangan sebelum bercuti di Kelantan Darul Naim

Perancangan yang fleksible dan teliti sebelum bercuti adalah sangat penting. Ia seharusnya dapat membantu mengawal bajet percutian anda agar kewangan terancang dengan baik.  Semua orang dari pelbagai lapisan dan taraf eknonomi boleh bercuti di Kelantan. Apa yang penting anda seharusnya dapat membuat perancangan yang baik, kerana perancangan yang baik itulah dapat menjadikan percutian anda sangat menyeronokkan disamping aktiviti-aktiviti yang dapat dibuat kenang-kenangan. Dalam artikel kali ini, saya mengupas kaedah perancangan anda sebelum bercuti, khususnya di Kelantan.

 

Bajet

Inilah antara perkara pertama dan paling utama yang mesti anda rancang sebelum bercuti di Kelantan. Bajet tahunan untuk bercuti seharusnya ada dalam setiap keluarga. Dalam bajet untuk bercuti, anda hendaklah mengambil kira bajet asas membabitkan pengangkutan, tol, petrol, penginapan dan makanan. Perlu bijak memilih penginapan sama ada hotel atau homestay. Pemilihan hotel yang bersesuaian dengan harga juga perlu dilakukan. Bagi yang bercuti dengan jumlah keluarga yang ramai saya  cadangkan anda memilih homestay kerana lebih menjimatkan. Selain itu, pilihan pengangkutan juga memainkan peranan. Jika datang dengan pengangkutan awam seperti keretapi atau bas, perlu pula merancang jika ingin menyewa kereta di Kelantan.
Anggaran kasar untuk perbelanjaan asas bercuti di Kelantan dengan menaiki kenderaan sendiri, kereta jenis Nissan Latio -
selama 3 hari 2 malam bagi 5 orang ahli keluarga yang tinggal di Pasir Gudang Johor:
  1. Petrol : RM300 (Pergi balik)
  2. Tol : RM40.00 (Pergi balik)
  3. Penginapan (Rossaz Homestay) : RM360 (2 Malam)
  4. Makan : RM150
  5. Shopping : RM400
Jumlah keseluruhan: RM1250

Contoh di atas mengambil kira keluarga yang bercuti paling jauh dari Kelantan iaitu dari Pasir Gudang Johor dengan 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Jika lokasi anda lebih dekat, lebih murahlah perbelanjaan untuk bercuti. Contoh ini hanyalah anggaran kasar sahaja.

 

Membeli-belah

Shopping adalah agenda wajib dan menyeronokkan jika datang ke Kelantan. Kenapa? Semestinya kerana terdapat pelbagai pilihan barangan dengan harga yang amat berpatutan dan menjimatkan. Bagi mencapai kepuasan yang optimum ketika membeli belah di sini, anda hendaklah terlebih dahulu mengenalpasti apakah barangan yang ingin dibeli samada pakaian, mainan kanak-kanak, cenderamata atau juga makanan. Membeli-belah di Kelantan secara purata tidak memerlukan anda memakai kad kredit. Shopping menggunakan wang tunai adalah lebih baik. Tidak perlu risau kerana semua kemudahan ATM ada di setiap kawasan.

Selalunya ramai pengunjung yang datang akan shopping sakan disini tanpa mengira barang itu patut dibeli atau tidak. Jangan begitu, ianya hanya menggalakkan pembaziran kerana bukan semua barangan yang patut anda beli disini. Secara sedar atau tidak, anda mungkin terasa semua benda nak beli kerana merasakan harganya murah berbanding tempat lain. Awas! kerana itu akan menyebabkan duit anda melayang tanpa anda sedari. Pastikan anda membeli barangan yang sangat bernilai dan murah sahaja selain tidak didapati ditempat lain. Antara barangan popular yang selalu dibeli dan patut anda beli adalah seperti beras siam, toto, serunding daging, keropok, tudung bawal, kain batik, jersi bola sepak, jeans dan lain-lain lagi. Anda boleh membaca panduan yang telah disediakan di laman web ini untuk shopping di tempat membeli-belah yang popular seperti Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Rantau Panjang dan lain-lain lagi.

 

Aktiviti

Aktiviti yang biasa dilakukan jika bercuti adalah berkunjung ke tempat-tempat bersejarah dan menarik. Pastikan anak anda dapat merasainya juga. Selain itu, tempat peranginan seperti pantai dan air terjun juga menjadi agenda wajib jika datang ke sini. Pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan tempat tersebut. Contohnya jika ingin ke air terjun dan sebagainya. Ini bagi mengelakkan duit melayang membeli pakaian di tempat tersebut. Dan yang paling utama sudah tentulah aktiviti membeli belah selain ‘jalan-jalan cari makan’.

 

Jalan-jalan cari makan

Jalan-jalan cari makan adalah aktiviti paling menyeronokkan bagi kebanyakan pengunjung. Di Kelantan ini, sangat banyak tempat makan dan restoran yang sedap serta popular. Pelbagai jenis masakan dan menu boleh dipilih. Namun begitu, anda dinasihatkan berhati-hati ketika memilih restoran atau kedai makan. Kerana banyak juga kedai yang cekik darah serta layanan yang diberikan sangat mendukacitakan. Di samping itu, waktu untuk singgah menjamu selera perlu juga diambil kira. Jika datang waktu puncak dan terlalu ramai orang, anda mungkin terpaksa menunggu dan bersesak yang boleh membuatkan mood untuk makan bagi sesetengah orang hilang begitu sahaja. Untuk itu, buatlah perancangan awal-awal restoran mana yang akan disinggah dan makanan apa yang hendak dicuba selain dari waktu yang sesuai untuk menjamu selera.

 

Masa sesuai untuk bercuti di Kelantan

Masa yang sesuai untuk bercuti dan berkunjung ke Kelantan adalah pada cuti sekolah bulan Mac, Mei/Jun, serta pada cuti hari raya Cina. Bulan Disember tidak digalakkan datang kerana musim tengkujuh, kawasan Rantau Panjang biasanya akan ditengelami air dan banyak kedai akan tutup. Jika ingin datang juga, pastikan anda memperoleh maklumat dari jabatan kajicuaca atau bilik gerakan banjir. Biasanya cuaca tidak menentu pada pertengahan dan hujung bulan 12. Waktu yang paling padat dan sesak teruk adalah pada cuti hari raya puasa, raya haji, cuti hari raya cina dan pada waktu hujung minggu pada musim cuti sekolah. Pada waktu inilah biasanya keadaan jalanraya di Kelantan sesak. Jumlah pelancong yang ramai ditambah lagi penduduk Kelantan keluar untuk makan angin dan shopping, bertambahlah sesak keadaan jalan.
Rancanglah percutian anda di Kelantan dengan baik.

Isnin, 9 Mei 2016

Destinasi Pelancongan di Kelantan



      Tempat menarik di sekitar Bandar Kota Bharu:
       
       Sama seperti bandar-bandar lain di Malaysia, Kota Bharu juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati ternasuklah tempat-tempat untuk membeli belah. Kompleks membeli pula tidaklah sehebat mana tetapi boleh dikunjugi untuk memenuhi masa terluang sekiranya banyak hari berada di Kelantan. Anda boleh mengujungi Pantai Timur Shopping Centre berhampiran Pasari Siti Khadijah di Jalan Pintu Pong, KB Mall di Wakaf Siku, Tesco dan Eon Mall di Lembah Sireh. Tetapi apa yang menjadi kemestian bagi anda yang pertama kali melawat Kelantan ialah mengunjungi Pasar Siti khadijah untuk membeli pelbagai barangan dengan harga yang murah.

      Pasar Siti Khadijah
           Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Pasar ini telah ditukar namanya kepada nama Pasar Siti Khadijah semasa pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan waktu itu sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri  daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.
      Kampung Kraftangan
    Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan. Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong. Bagi yang ingin membeli cenderamata untuk yang tersayang, terdapat pelbagai jenis barangan cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual di Kampung Kraftangan.  


    

     
     Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan. 
     Kampung Kraftangan ini sangat sesuai jika datang seisi keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah. Jika datang menginap disekitar Kota Bharu, Kampung Kraftangan ini adalah tempat yang wajib anda lawati.


     

  
    
 Berdekatan Kampung Kraftangan ini juga terdapat banyak monumen, tinggalan sejarah, kebudayaan dan kesenian yang boleh anda lawati seperti Bank Kerapu, Muzium Kraftangan, Istana Balai Besar, Padang Bank, Istana Jahar dan Pintu Gerbang. Selain itu, Masjid Muhammadi juga terletak berdekatan. 
      sumber:  http://www.cutikelantan.com/attractions/kampung-kraftangan/

          Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Sebut sahaja pasar malam atau pasar midnight Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini? Kawasan Wakaf Che Yeh ini adalah pasar borong pada sebelah siang yang menjual barangan basah dan barangan asas, manakala pada waktu malam adalah berkonsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak yang berdekatan juga turut diwujudkan.



   Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya.

    Pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi disini seperti pelbagai jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, kereta, perfume, kasut bundle, cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala, toto dan pelbagai lagi. Dan semua barangan yang dijual pula adalah kebanyakan barang tiruan ataupun replika seperti jam tangan, wangian, dan lain-lain. Jangan tertipu dengan pelbagai jenama yang ada kerana ia hanyalah replika. Walaubagaimanapun, anda boleh belikan jam tangan replika berjenama ‘Casio’ dengan harga RM10-RM20 sahaja kepada anak anda.

Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam hujung minggu dan cuti sekolah. Paling sesak teruk adalah pada malam Hari Raya Puasa. Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan, pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk. Pada waktu malam, anda dinasihatkan tidak masuk melalui pintu gerbang untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lock kerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.
      (sumber:  http://www.cutikelantan.com/shopping/pasar-malam-wakaf-che-yeh/ )

        Untuk cerita tentang tempat menarik di kelantan boleh dicapai melalui :  http://www.cutikelantan.com/





         




      


 







Keselesaan Anda Keutamaan kami

Rossaz Homestay

1) Rumah Teres satu Tingkat

Homestay ini merupakan satu unit rumah teres setingkat 3 pintu yang bergabung dengan dua unit rumah kediaman. Mempunyai tiga bilik, satu daripadanya bilik utama, ruang tamu, ruang dapur dan dua tandas dan bilik air. Letaknya dalam sebuah kampung yang permai, di depannya terdapat sebatang tali air, tempat memancing dan orang ramai beriadhah terutamanya pada waktu petang.


2) Ruang Parking 
Homestay ini mempunyai ruang parking kereta yang luas muat untuk dua buah kereta di kawasan berbumbung, berpagar dan boleh memuatkan sebuah kenderaan lagi di kawasan tidak berbumbung..Kenderaan anda tentunya selamat kerana ruang parking ini terletak dalam kawasan berpagar.
 
3)  Lokasi 
Rossaz Homestay terletak dalam sebuah kampung yang aman.  Letaknya 30km daripada bandar Kota Bharu, 20km daripada Wakaf Che Yeh dan 20km daripada bandar Machang, 3.5km daripada pekan Kok Lanas, dan 4km daripada Kem Desa Pahlawan serta pekan Ketereh. 3km daripada Kolej Komuniti, 2.5km daripada Politeknik, dan 5km daripada Kolej Matrikulasi

4)  Kemudahan Asas 
Homestay ini mempunyai 2 buah bilik air. Plug elektrik  banyak disediakan di dalam rumah. Plug extension juga disediakan untuk kegunaan tetamu.Terdapat 2 alatl/ tong pemadam api jenis debu dan jenis cecair.
apar alat pemadam api ringan adalah alat pemadam api portable yang ... https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZFwd_vkekwcGqzLh9CSWWuYeINZB9WksxEpenI9pjl-YwCSFnj7-BNWZd9hBqfqaORUrTaf9TkOvKMRVWRSyzHwGp2g8TFMyr6Wod6GnxRlb1HQ0oOOh4iFE8y41LT29PDtmPX0FvwIsP/s1600/Dry-Powder-Fire-Extinguisher-EN3-Kitemark.jpg 












Kelengkapan:

i) Sofa untuk ruang tamu.
Set sofa dan meja kopi terdapat diruang tamu

RUANG TAMU












ii) Televisyen di ruang tamu



iii) Tiga bilik tidur.
 
BILIK UTAMA

BILIK KEDUA (TENGAH)


BILIK TENGAH

BILIK KELUARGA

BILIK KELUARGA
Bilik utama  disediakan katil jenis queen size  dan meja solek serta rak penyidai pakaian.. Bilik kedua juga disediakan katil jenis queen size dan sebuah katil bujang, meja solek.dan juga rak penyidai pakaian. Bilik ketiga pula, dilengkapi dengan katil jenis queen serta meja komputer. Selimut tambahan dan sejadah untuk untuk solat juga disediakan.


 iv) Kelengkapan dapur dan ruang makan
Meja makan bulat jenis kayu dengan kerusi  di ruang makan. Periuk, kuali, cerek elektrik  dan pinggan mangkuk tersedia di atas rak. Peti sejuk dan mesin basuh juga disediakan.

Meja Makan di ruang dapur
Set periuk, kuali dan pinggan mangkuk disediakan bagi memberi kemudahan memasak di tempat penginapan seolah-olah seperti di rumah sendiri.

v) Lain-lain
Kelengkapan lain yang  disediakan termasuklah seterika, peralatan dalam tandas seperti baldi, gayung dan mop lantai. Tong sampah plastik disetiap ruang dan bilik. Pencuci pinggan mangkuk dan kain untuk mengelap.

iv) aircond dan kipas angin
Penghawa diingin (aircond) disediakan untuk bilik utama dan bilik keluarga dan sebuah bilik lagi disediakan kipas angin (kipas dinding)