Bilik Penginapan Kami di Kuching |
Seminggu sebelum menyambut hari kemerdekaan, kami memulakan perjalanan ke Kuching, Serawak. Perjalanan kami bermula di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa terus ke Kuching dengan pesawat Air Asia pukul 4.30 petang terus ke Lapangan Terbang Kuching sampai pukul 6.30 petang memakan masa selama hampir 2 jam.
Lawatan ini merupakan lawatan pertama kami ke Serawak dengan memilih Bandar Kuching sebagai destinasinya. Lawatan/pelancongan santai kami bermula Sabtu,19/08/2017 hingga selasa 22/08/2017.
Setibanya di Kuching kami, menggunakan perkhidmatan teksi lapangan terbang dengan bayaran tambang rm30.00 terus ke hotel penginapan Merdeka Palace Hotel & Suites, yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. GEMBIRANYA HATI TIDAK TERKIRA kerana kami tiba dengan selamatnya.
Sepanjang di Hotel gembiranya ABID AQEELA mandi di Kolam, hingga menggigil kesejukan
Sepanjang kami di sana, kami hanya berkesempatan melawat ke beberapa tempat sahaja seperti ke Muzium Sarawak, Water Front, dan melawat ke Mira Kek House di seberang Sungai Serawak.

Pada waktu tengah hari, hari Ahad kami melawat Muzium dan petangnya pula kami melawat Waterfront.
Sepanjang di Hotel gembiranya ABID AQEELA mandi di Kolam, hingga menggigil kesejukan
Abid bersama maminya |
seronoknya hati tidak terkira |
Sepanjang kami di sana, kami hanya berkesempatan melawat ke beberapa tempat sahaja seperti ke Muzium Sarawak, Water Front, dan melawat ke Mira Kek House di seberang Sungai Serawak.
Pada waktu tengah hari, hari Ahad kami melawat Muzium dan petangnya pula kami melawat Waterfront.
Pengalaman yang tidak boleh kami lupakan ialah menyeberang Sungai Serawak dengan menaiki boat tambang. Mengingat kembali 40 tahun yang lalu saya pernah menggunakan boat tambang ini untuk menyeberang sungai. Ya! saya menggunakan boat tambang ini untuk menyeberangi Sungai Kelantan dari Tambatan Diraja Kota Bharu ke Kampung Laut untuk ke tempat kerja. Masa itu awal tahun 80-an saya bertugas di Sekolah Menengah Kampung Laut. Jadi menngunakan boat tambang ini bukanlah asing bagi saya.
Lebih kurang pukul 11 pagi hari Isnin Kami menyeberang Sungai Serawak menuju ke Jalan Brooke, Kampung Gersik,atau kampung Boyan sebagaimana saya di maklumkan oleh penambang boat .untuk membeli Kek Lapis Serawak di Mira Kek House.
Sampailah hajat hati selama ini, apabila ke Serawak ingin membeli Kek Lapis untuk dibawa pulang sebagai ole-ole dari Serawak.
kenangan kami!membawa pulang Kek Lapis |
Selama empat hari kami di sana tak banyak tempat yang sempat kami lawati. Masa terasa begitu pantas berlalu. Hajat hati ingin kembali lagi ke Serawak kerana lawatan kali ini begitu singkat kerana pergerakan kami terhad. Untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat kami terpaksa menggunakan perkhidmatan UBER..
bye ! bye! bye Kuching - JUMPA LAGI |
Begitulah pengalaman kami Melancong ke Kuching, Serawak. Kuching tetap dalam ingatan kami.Ya! Kak Ros akan cerita lagi perihal pelancongan dan pengembaran kami dalam episod yang akan datang. Sekian cerita dari Kak Ros buat kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan