Translate

Isnin, 18 September 2017

Ziarah ke Kuala Dungun

Lama kami tidak menulis dek kekangan masa dan pelbagai urusan harian yang menyesakkan minda. Hari ni ambil kesempatan menulis berhubung perjalanan santai kami ke Kuala Dungun sambil menziarahi adik ipar yang sudah lama terputus hubungan. Sambil menyelam sambil minum air.
sehari sebelum berangkat suami telah membuat tempahan melalui Booking.Com  untuk menginap di Anggun Beach Guest House pada malam 15 dan 16/09/2017 dengan kos sewa bilik triple dengan pemandangan laut. rm206.00 (malam Jumaat dan malam Sabtu).
Kami memulakan perjalanan pukul 3.30 petang, melalui Pasir Puteh, Tok Bali, Kuala Besut, Bandar Permaisuri dan  singgah untuk bersolat Asar di Masjid Kampung Penarik.
Selesai solat kami meneruskan perjalanan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dengan keadaan hujan turun kadang-kadang lebat. kami turun di Kuala Dungun, tiba pukul 7.00 petang. 


Mendaftar masuk di Anggun Beach Guest House yang terletak di Taman Seri Bayu, Sura Tengah, Dungun.

Pagi Jumaat, kami hanya tinggal di bilik penginapan, cuma suami bersolat subuh di Masjid An Naim



Kami makan tengah hari di rumah adik. Sungguh berselira makan hari itu. 


Bergambar kenangan meraikan kedatangan kami ke kediaman adik.
 


Kami kemudiannya pulang ke tempat penginapan dan keluar makan malam seterusnya menyaksikan pertandingan kereta berhias.

Dungun Bercahaya

Selepas makan malam bersama adik Hamzah, isteri dan anak-anaknya kami berkesempatan menyaksikan pertandingan kereta berhias. sungguh menghiburkan.



Sekian catatan dari admin kali ini jumpa lagi!
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan