Tempat menarik di sekitar Bandar Kota Bharu:
Sama seperti bandar-bandar lain di Malaysia, Kota Bharu juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati ternasuklah tempat-tempat untuk membeli belah. Kompleks membeli pula tidaklah sehebat mana tetapi boleh dikunjugi untuk memenuhi masa terluang sekiranya banyak hari berada di Kelantan. Anda boleh mengujungi Pantai Timur Shopping Centre berhampiran Pasari Siti Khadijah di Jalan Pintu Pong, KB Mall di Wakaf Siku, Tesco dan Eon Mall di Lembah Sireh. Tetapi apa yang menjadi kemestian bagi anda yang pertama kali melawat Kelantan ialah mengunjungi Pasar Siti khadijah untuk membeli pelbagai barangan dengan harga yang murah.
Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar
Besar Buluh Kubu. Pasar ini telah ditukar namanya kepada nama Pasar Siti
Khadijah semasa pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Menteri
Besar Kelantan waktu itu sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa,
memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu
pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang
rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.
Kampung Kraftangan
Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan. Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong. Bagi yang ingin membeli cenderamata untuk yang tersayang, terdapat pelbagai jenis barangan cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual di Kampung Kraftangan.
Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.
Kampung Kraftangan

Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.
Kampung Kraftangan ini sangat sesuai jika datang seisi keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah. Jika datang menginap disekitar Kota Bharu, Kampung Kraftangan ini adalah tempat yang wajib anda lawati.
Berdekatan Kampung Kraftangan ini juga terdapat banyak monumen, tinggalan sejarah, kebudayaan dan kesenian yang boleh anda lawati seperti Bank Kerapu, Muzium Kraftangan, Istana Balai Besar, Padang Bank, Istana Jahar dan Pintu Gerbang. Selain itu, Masjid Muhammadi juga terletak berdekatan.
sumber: http://www.cutikelantan.com/attractions/kampung-kraftangan/
Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Sebut sahaja pasar malam atau pasar midnight Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini? Kawasan Wakaf Che Yeh ini adalah pasar borong pada sebelah siang yang menjual barangan basah dan barangan asas, manakala pada waktu malam adalah berkonsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak yang berdekatan juga turut diwujudkan.

Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya.
Pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi disini seperti pelbagai jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, kereta, perfume, kasut bundle, cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala, toto dan pelbagai lagi. Dan semua barangan yang dijual pula adalah kebanyakan barang tiruan ataupun replika seperti jam tangan, wangian, dan lain-lain. Jangan tertipu dengan pelbagai jenama yang ada kerana ia hanyalah replika. Walaubagaimanapun, anda boleh belikan jam tangan replika berjenama ‘Casio’ dengan harga RM10-RM20 sahaja kepada anak anda.
Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam hujung minggu dan cuti sekolah. Paling sesak teruk adalah pada malam Hari Raya Puasa. Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan, pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk. Pada waktu malam, anda dinasihatkan tidak masuk melalui pintu gerbang untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lock kerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.
(sumber: http://www.cutikelantan.com/shopping/pasar-malam-wakaf-che-yeh/ )
Untuk cerita tentang tempat menarik di kelantan boleh dicapai melalui : http://www.cutikelantan.com/
Dah mula beroperasi ke homestay ni!
BalasPadam